Pengerusinya, Salleh Samad berkata selain itu satu tindakan undang-undang akan difailkan jika jalan penyelesaian secara baik gagal dicapai antara penduduk dan PKNS.
Ini kerana, kata beliau, majoriti penyokong PAS sekarang terdiri daripada golongan muda dan berdasarkan pemerhatian beliau, Husam adalah pemimpin paling digemari oleh golongan itu.
"Dalam keadaan Barisan Nasional hari ini yang kita perlu bekerja keras, kita tengok tidak sesuailah jika jawatan ini dipertandingkan," kata Sohaimi Shahadan.
Sekiranya beliau terus diberikan amanah untuk menerajui MIC pada penggal kali ini, Palanivel menjelaskan bahawa ia akan menjadi penggal yang terakhirnya sebelum beliau bersara dari dunia politik.
Khalid Samad berkata keputusan itu akan bergantung kepada hasil perbincangan akhir pemimpin Pakatan Rakyat dengan mengambil kira beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.
Mohd Roslan Mahayudin berkata, suspek dipercayai memperoleh ratusan ribu ringgit menerusi langganan dan penjualan ruang iklan di laman web tersebut yang kebanyakannya melibatkan muzik tempatan.
Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata sebuah kawasan berkeluasan 1.6 hektar, bersebelahan stesen pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong di sini, dicadangkan sebagai tapak insinerator itu.
"Usahlah menjual agama untuk kepentingan politik dan kepentingan peribadi. Saya kira pendirian beliau sendiri sebenarnya bercanggah dengan beberapa pemimpin PAS yang lain," kata Fathul Bari.
"SPAD bersetuju pengendali mengenakan caj tambahan 10 peratus bagi musim perayaan yang bakal menjelang nanti. Kelulusan mengenakan caj ini berkuatkuasa mulai 8 Julai sehingga 8 September 2013," kata Syed Hamid.
Ishak Hashim berkata projek itu tetap diteruskan kerana telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tiada sebab untuk hentikannya walaupun banyak pihak menjangka ia akan dihentikan selepas pilihan raya.
"Oleh sebab itu kami kata jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan, lagipun kami baru habis pilihan raya," kata Tengku Adnan.
Beliau berkata skuad tersebut boleh membabitkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Husam dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Husam yang melabelkan pemimpin parti itu sebagai pengkhianat jika tidak menyokong himpunan berkenaan.
Katanya, perjumpaan dengan Lim yang juga adalah Setiausaha Agung DAP dibuat atas alasan kemanusiaan untuk berbincang mengenai inkues serta bantuan yang boleh diberi kepada keluarga mangsa ribut di negeri itu.
Kalau diambil perkara, yang kalah sebenarnya dalam saingan untuk mendapat keyakinan rakyat adalah PKR. Sebab itu Anwar individu yang dilihat mempunyai ketidakpuashati yang paling tinggi jika dibandingkan PAS dan DAP.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib enggan memberikan komen sehingga membaca kenyataan penuh yang disiarkan organ rasmi parti itu, Harakahdaily.
Soal mati syahid saya rasa amat tidak wajar untuk kita meletakkan sesuatu hukum pada keadaan kita bukan ahlinya, Husam bukan seorang yang boleh dianggap ulama untuk mengeluarkan bahawa itu mati syahid.
Nik Muhammad Zawawi berkata langkah kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu diterima parti Islam berkenaan selain berharap semua pihak bekerjasama membendung kegiatan pelacuran melalui rumah urut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata cubaan PMBOA itu merupakan kesalahan mengikut Akta Persaingan 2010.