Array


 Nasional   

Saman fitnah SYABAS terhadap Tony Pua belum muktamad

pada 22-08-2013 11:08 

Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menolak laporan The Malay Mail Online yang diterbitkan pada 19 Ogos dan 20 Ogos 2013 mengenai keputusan kes saman fitnah terhadap ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP) Tony Pua.
 
Menurut Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred, keputusan kes itu masih belum dimuktamadkan ekoran syarikat konsesi ini telah membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
 
"Sehubungan dengan itu, laporan yang disiarkan oleh The Malay Mail itu adalah amat tidak wajar memandangkan perkara yang terkandung di dalam laporan tersebut masih di dalam tindakan Mahkamah dan belum dimuktamadkan keputusannya untuk dibahaskan secara umum," jelas beliau. 
 
"Perkara ini kini berada di peringkat rayuan yang lebih tinggi iaitu di peringkat Mahkamah Persekutuan yang mana telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 23 Oktober 2013," katanya melalui kenyataan media hari ini.
 
Sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Tony untuk membayar RM200 ribu kepada SYABAS kerana memfitnah syarikat konsesi air itu gagal beroperasi dengan baik.
 
Walau bagaimanapun Mahkamah Rayuan pada 27 Mac lalu mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.  
 



Ruangan Komen