ISTIMEWA



 Nasional   

Tragedi MH 370: Laporan pendaratan di Nanming tidak benar, kata MAS

pada 08-03-2014 11:03 

Post Pic

 
SHAH ALAM: Penerbangan Malaysia menafikan desas-desus penerbangan MH 370 membuat pendaratan cemas di Nanming China. 
 
"Kami telah menjalankan siasatan dan mendapati laporan itu tidak benar," kata  Fuad Sharuji, Naib Presiden Operasi MAS. 
 
Beliau berkata ketika di paras 35,000 kaki dan dua jam daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pesawat itu tidak menghubungi pusat kawalan udara untuk memaklumkan sebarang kerumitan. 
 
“Setakat ini kami masih tidak tahu di mana pesawat itu sekarang," kata beliau. 
 
Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari berkata, pihaknya sedang menyiasat kesahihan bahawa pesawat MH370 membuat pendaratan cemas di Nanning China.
 
Penumpang-penumpang tersebut adalah dari negara-negara yang berikut:
 
1. China – 152 termasuk seorang bayi
2. Malaysia - 38
3. Indonesia - 12
4. Australia - 7
5. France - 3
6. Amerika Syarikat – 3orang termasuk seorang bayi
7. New Zealand - 2
8. Ukraine - 2
9. Kanada - 2
10. Rusia - 1
11. Itali - 1
12. Taiwan - 1
13. Belanda - 1
14. Austria - 1
 
 

Ruangan Komen