Beli lori sampah: Khalid dan Ronnie bercanggah

pada 18-05-2012 04:05 Ditulis Oleh Siti Sofia Md Nasir



Post Pic

 

SEPANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan jawapan mengelirukan bersabit tindakan kerajaan negeri membeli 50 buah lori untuk menguruskan kutipan sampah di Selangor.
 
Beliau berkata lori-lori akan diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menggantikan lori-lori yang sedia ada.
 
Exco Kerajaan Tempatan Ronie Liu sebelum ini berkata lori-lori itu akan disewakan kepada PBT atau kontraktor yang memerlukan, sekali gus mengakui ada kontraktor yang diberikan kontrak pungut sampah sungguhpun tidak mempunyai lori-lori sesuai bagi menjalankan tugas itu.
 
Kerajaan negeri sebelum ini turut ditegur kerana mengeluarkan perbelanjaan besar membeli lori-lori sampah baru walapun kerja tersebut telah pun ditenderkan kepada syarikat swata menerusi PBT.
 
Justeru pembelian lori-lori itu dilihat sebagai pembaziran dan pemborosan.
 
Khalid walaubagaimana pun hari ini mendakwa kerajaan negeri bertindak demikian kerana ditawarkan harga yang murah.

"Alam Flora beli lebih dari RM300 ribu. Kita beli kurang. Apa sebab kerajaan negeri beli? Sebab harga yang terbaik dan kita akan pindahkan lori-lori itu kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggantikan lori-lori yang buruk, sebab lori-lori yang buruk tak boleh uruskan dengan cekap," kata beliau.
 
Bagaimanapun Khalid tidak memberi butiran harga setiap lori atau pun spesifikasi kenderaan yang dibeli.

Sumber-sumber kerajaan negeri berkata kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan dana lebih RM15 juta untuk pembelian itu.
 
Kerajaan negeri kini diasak oleh pelbagai pihak kerana masalah sampah tidak dipungut semakin lumah susulan tindakannya menamatkan kontrak Alam Flora dan mengambil alih tanggungjawab itu menerusi PBT.

 


 

Carian

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]

Ruang Iklan